http://www.becer.net

Friday, July 31, 2009

Wanita itu sendiri adalah rahsia

Wanita itu sendiri adalah rahsia

Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatatakan wanita cantik
atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya.

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu
pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat
kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati...

SAHABAT YANG BAIK ADALAH YANG ORANG YANG BERCAKAP BENAR, DAN BUKANNYA HANYA MEMBENARKAN KATA-KATA.

"Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa"

"Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"

"Hidup umpama aiskrim.Nikmatilah ia sebelum cair"

JIKA ANDA BERSAHABAT BERSIAPLAH UNTUK BERKORBAN
DEMI SAHABAT ANDA TERSEBUT,
JIKA ANDA BERMUSUHAN DENGAN SAHABAT ANDA BERSIAPLAH UNTUK MENGALAH DEMI PERSAHABATAN KALIAN.

Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci;
Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana
Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan
Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.

" USAH DITURUTI REAKSI EMOSI,
LANTARAN IMPLIKASI TAK SERASI DENGAN APA YANG DIIMAGINASI "

WANITA/PEREMPUAN DICIPTAKAN BUKAN DARIPADA TULANG RUSUK ATAS UNTUK MEMERINTAH, BUKAN DARIPADA RUSUK BAWAHUNTUK DIPIJAK, TETAPI TERLETAKNYA RUSUK ITU DI BAHAGIAN DADA DAN BERDEKATAN DENGAN TANGAN BERMAKNA TANGAN YANG MEMBELAI DAN HATI YANG MEMPUNYAI PERASAAN DAN KASIH SAYANG.

" Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam.
Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa.
Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim.
Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan,
itu adalah mulia dan terpuji."
(La Roche)

"Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"

" Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatuatau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"

" Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia
adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya
bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak
sanggup menerima penderitaan.
( Harieta Wahab)

Hadiah Terbaik

Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan

" Kejelitaan wanita umpama sebilah mata pedang yg mampu memenggal
leher seorang lelaki.
( A.L Alek Wong)

" Jangan terlalu menyayangi seseorang, kelak kita akan membencinya.
Jangan pula terlalu membenci seseorang,kelak kita akan menyayanginya."

"Usah tangisi akan perpisahan sebaliknya tangisi akan pertemuan. Tanpa pertemuan, maka tiadalah perpisahan"

" Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan"

" Cinta itu apabila anda bertemu dan membuat pilihan yang tepat"

" Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup
seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."

" Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat"

"Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat,
Kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan".

" Kejarlah cita-cita sebelum cinta, apabila tercapainya cita-cita maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir"

" Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cinta
jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri"

"Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari
sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg
mensia-siakan sahabat yg telah dicari"
( Saidina Ali)

" Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada
harta benda yg diwarisi dari nenek moyang"
(Saidina Ali)

"Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya
pinjaman dan mati tak berteman.."

" Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka
ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya
maka ia tidak akan mempedulikanmu"

"Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat
menguasai dirinya sendiri"

"Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang,
Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."

"Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan,
sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya."

"Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki,
tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada."

"Apa yang diperolehi dalam hidup ini,
adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya."

"Fikirkan hal-hal yang paling hebat,Dan engkau akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan engkau akan mencapaiyang tertinggi."

"Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang."

"Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi."

"Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma."

"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,
tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."

"Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna
jika tidak melakukan perkara yang betul."

"Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."

"Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan."

Tuesday, July 21, 2009

Tips Menjadi Individu Menarik

Tips Menjadi Individu Menarik

Hari ini saya ingin kongsikan 5 tips bagaimana menjadi individu menarik. Ianya mudah sahaja untuk dilakukan. Percaya atau tidak ia akan meningkatkan tahap “menarik” diri anda.

1. Sentiasa senyum
Senyum merupakan aset berharga untuk diri anda. Kalau tidak masakan seseorang boleh jatuh cinta, memberi rumah, disebabkan dengan satu senyuman sahaja. Kata orang senyum itu sedekah. Senyuman mebawa 1001 makna. Senyuman yang ikhlas dapat menenangkan hati orang lain. Jika ada orang tidak senyum pada anda, maka hadiahkan mereka senyuman anda kepada mereka. Ia mendekatkan lagi jarak anda dengan mereka.

2. Banyak memberi
Masyarakat sukakan individu yang suka memberi. Tidak kisah apa-pun. Mungkin dari segi barangan, wang ataupun pertolongan dalam bentuk fizikal. Manusia tidak sukakan manusia yang hanya mementingkan diri sendiri .Oleh itu, belajarlah untuk memberi.

3. Berikan pujian
Manusia sebenarnya dahagakan pujian. Tetapi masalahnya semua sibuk dengan hal masing-masing. Jadi apa salahnya jika kita memberi sedikit pujian. Dengan ini, ia akan membuatkan mereka merasakan bahawa mereka seorang yang berharga di mata anda. Percayalah dengan membuat orang lain bahagia, anda juga akan turut bahagia.

4. Mempunyai prinsip
Seseorang yang berprinsip merupakan ciri penting dalam menjadi individu menarik. Lihat pada Mahatma Gandhi. Beliau merupakan orang biasa sahaja. Tidak kaya pun. Tetapi mengapa beliau menjadi individu menarik? Sebabnya beliau mempunyai prinsip untuk menolong masyarakat daripada penjajahan.

5. Mempunyai keyakinan diri
Tips ini penting. Anda mesti mempunyai keyakinan diri terhadap diri anda. Anda mesti percaya dengan diri anda. Jika anda tidak percaya, manakah mungkin orang lain juga akan percaya pada anda .

Friday, July 10, 2009

Ingatlah tanda2 ini...masyaAllah

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar

Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging
lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan
lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang
ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita
akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat
persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan
memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun Malaikat Maut ini wujudnya c uma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan
dicabutnya.




TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara
tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka
berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan
memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat
dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini
menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya
akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan
malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula..

Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak forward this buletin...may ALLAH SWT bless you.
Saling berpesan2lah sesama kita......

SaLaMesRaBadiE....

Monday, July 6, 2009

Watak Sahabat Sejati

Al-Qamah berpesan kpd puteranya:
"Wahai anakku!Kiranya engkau merasakan perlu bersahabat, maka pilihlah sifatnya yang berikut..."

1.Jk engkau membuat bakti kepadanya, dia akn melindungimu
2.Jk engkau rapatkn persahabatan dengannya, dia akn membalas baik persahabatanmu itu
3.Jk engkau memerlukn ptolongan drpdnya berupa wang dan sebagainya, dia akn membantumu
4.Jk engkau menghulurkn ssuatu kebaikan kpdnya, dia akn menerima dgn baik
5.Jk dia mdapat ssuatu kebajikan(bantuan) drpdmu, dia akn mhargai dan menyebut kebaikanmu
6.Jk dia melihat yg tidak baik drpdmu, dia akn menutupnya
7.Jk engkau meminta ssuatu bantuan drpdnya, dia akn mengusahakannya
8.Jk engkau berdiam diri(krn malu hndk meminta),dia akn menanyakan kesusahanmu
9.Jk datang suatu bencana menimpamu, dia akn meringankan kesusahanmu
10.Jk engkau berkata kpdnya, nescaya dia akn membenarkanmu
11.Jk engkau merancang ssuatu, nescaya dia akn membantumu
12.Jk kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lbh senang mengalah utk menjaga kepentingan persahabatn

UKHUWAH FILLAH abadan abada...
SaLaMesRaBadiE....

Sunday, July 5, 2009

Warkah buat mu sahabat…


Sahabat…

Melihat diri mu tersenyum satu kebahgiaan…
Di kala diri mu resah semoga aku peneman…
Tiada harta ku pinta,tiada kekayaan ku mohon…
Sebuah kejujuran hadiah penuh erti…
Bisa kamu terigat akan pertemuan kita??....
Allah aturkan pertemuan kita itu penuh bahagia…
Dari jauh mula ku kenal diri mu…
Semoga ukuwah kita penuh redo ilahi…
Sahabat…
Suka duka diri mu moga aku bersama…
Susah juga kepayahan diri mu ikhlas aku peneman di sisi…
Jika di beri seluruh harta dunia ini….
Pasti aku memilih diri mu…
Perjuagan diri mu itu semoga aku menjadi peneman…
Memori seketika kita bersama itu satu keindahan…
Sebentar aku bersama mu penuh makna…
Semoga kasih sayang kita ini Allah pelihara…
Semoga ukuwah kita ini Allah rahmati…
Aku di sini sentiasa kapan sujud,doa untuk mu itu sentiasa…
Semoga pertemua juga perpisahan kita kerna Allah…
Bisa ku hadiahkan sebuah kejujuran kepada mu…
Kala aku melawak buat diri mu ketawa…
Kala aku penuh masalah di kau peneman setia…
Diri mu sebuah permata juga intan di hati ku…
Ya Allah berilah ketabahan kepada nya…
Ya Allah berilah kekuatan kepada nya…
Semoga makrifah dan kasih sayang buat kami…
Sahabat…
Aku meridui senda gurau bersama mu…
Syahid itu semoga menjadi kejaran kita…
Bisa aku atau kamu semoga daulah islam kita tegakan…
Ku pohon doa buat azimat perjuagan…
Doakan darah syhid kita terpilih…
Plastin juga al aqsa menunggu darah kita…
Kesensaraan umat islam menanti darah-darah kita…
Jika aku pergi dahulu…
Jika aku syahid dahulu…
Sambunglah juga ikutilah jalan syurga ku ini…
Moga panji-panji Allah itu bisa kita gemgam bersama…
Sementara hayat ini…
Sementara bernafs in…
Ku mohon ampun juga taubah pada Allah juga semoga…
Ada silap dan salah aku terhadap mu di maafkan…
Semoga di jalan islam kita bertemu…
Semoga di syhid islam kita berpisah…
Ku iring doa kepada mu…
Cintailah Allah juga rasul…
Melebihi cinta kamu kepada dunia…
Akhirat juga kejaran syurga penuh bidadari menanti…
Menanti para syahid di jalan Allah…
Bawalah cinta mereka buat azimat perjuangan…
Aku memohon diri…
Sahabat mu…

SaLaMesRaBadiE....

Saturday, July 4, 2009

AIR TANGAN ORG YG TAK SOLAT

Assalamualaikum. ..
buat santapan sahabat semua..Moga dapat manfaat dari apa yang dibaca dan moga kita termasuk kedalam golongan yang disayanggi NYA...Aminnnnnn
Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat tu, adalah dosa besar,dan malahan lebih hina drpd khinzir.. Betapa hinanya kita kalaumeninggalkan solat spt yg dikisahkan pd zaman Nabi Musa A.S
Begini kisahnya... pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yg sudah berumahtangga , dia tak de zuriat lalu, terdetik dlm hati dia (nazar),
'kalau aku dpt anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.' Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Bila dah dpt anak, laki ni pun runsinglah.. . Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.Syariat pd zaman Nabi Musa berbeza dgn syariat yg turun utk umat Nabi Muhammad. kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yg haram, maka tak payah buat, tapi kena denda(dam) atau sedekah.. Tapi, kalau zaman Nabi Musa,brgsiapa bernazar, walaupun haram,tetap kena laksanakan nazar tu..lalu,si lelaki yg dapat anak tu, dgn susah hatinya, pun pegilah bertemu dgn Nabi-Allah Musa.. Dan menceritakan apa yg terjadi ke atas dirinya..lalu,Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu xpayah minum air kencing anjinghitam, tapi akan minum air yg lebih hina dr air kencing anjing hitam.
Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut utk pergi menadah air yg jatuh dr bumbung rumah orang yg meninggalkan sembahyang dan minum air tu. lalu,
lelaki tu pun senang hati, menjalankan apa yg diperintahkan oleh Nabi
Musa tadi...
Lihat.. betapa hinanya org yg meninggalkan solat, sampai dikatakan air yg jatuh dr bumbung rumah dia, lbh hina dr air kencing anjing hitam..Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.. Menyentuh bab air tangan ni, selalu kita suka makan masakan ibu, isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat, sbb kalau meninggalkan solat(kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan,nasi, dsb..anak-anak, suami pulak yg akan makan makanan yg dimasak. takkan nak biarkan suami & anak2 gelap hati minum air tangan org tinggalkan solat..tak gamakkan? tapi.. lain pulak halnya dgn kita ni.. pagi petang.. mamak!! teh tarik satu, roti canai satu.. ada pulak segelintir tukang masak yg tak solat.. kita pun makan bekas air tangan dia...gelaplah hati kita.. sbb tu liat nak buat keja2 yg baik. beware apa yg kita makan... betapa beratnya amalan solat ni, hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra'Mikraj, sedangkan kewajipan2 lain memadai diutus melalui Jibril a. s.Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kpd Saidina Ali (&utk umat Islam) , 'As-solah as Solah wa amalakat aimanukum.' maknanya,'Solat, solat jgn sekali kamu abaikan dan peliharalah org2 yg lemah di bawah tanggunganmu. ' jadi, sama2lah kita pelihara solat kita, dr segi zahir & batinnya,kerana amalan solatlah amalan yg mula2 akan ditimbang di neraca Mizan kelak

SaLaMesRaBadiE....

;;